Saturday, 29 August 2015

SAYA PEMINAT KOREAN DRAMA


"Hujung minggu ni nak buat apa ya??"

Mesti adik-adik tengah bosan kan. Tambah pulak penat dengan segala assigment and homework yang setia menemani dikala sunyi mahupun sepi.xyah lah nak madah berhelah kat sini.hehe.
Jomlah bersantai dengan drama korea^^,
Ihikkks. Akak ni memang peminat setia ngan korean drama taw.
Kalau akak nak tengok cita korea kan, akak selalu singgah kat sini.http://www.dramanice.tv/
siap ada subtitle lagi.COMPLETE! tengok ja apa2 cita yg korang nak. Nak drama TAIWAN??? ADA! Nak drama JEPUN??? ADA. 

Kalau macam akak nak search drama terbaru kan. Xperlu nak taip panjang2 cenggini "Drama korea terbaru bla...bla...bla..." Akak pegi ja kat sini.http://www.koreandrama.org/
Semua drama latest akak dapat dari situ.

Sekarang ni tengah LAYAN CITA YONG PAL!!! Best gila taw cita ni. Akak minat KIM TAE HEE.


*cantekknya dia*




Nilah drama terbaru yang akak tengah tengok.
YONG PAL

PETUA MEMUTIHKAN KETIAK


“EEEE...badan putih tapi KETIAK HITAMMM!!!’’

Punyai masalah ketiak hitam. JOM!!
Akak bantu adik dengan petua akak dengan menggunakan SERBUK KUNYIT.
Sesuai di lakukan selepas mandi.


  • Ambil dua sudu serbuk kunyit.
  • Larutkan dengan air.
  • Sapu pada ketiak dan bilas sesudah dibiarkan selama beberapa minit.

Jangan buat sekali je taw. Nanti jadi lagi hitam.Eyh,gurau je,jgn cuak. 
Amalkan petua ini untuk 3 kali seminggu. Nak lebih berkesan lagi, amalkan setiap hari.
 SELAMAT MENCUBA!^^



PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT


“ Ala~ 2 minggu lagi majlis makan malam dengan fakulti, tapi muka masih ada parut jerawat.”

Adik-adik, janganlah sedih kalau parut jerawat lambat hilang. Mari akak bagitau adik-adik cara nak hilangkan parut jerawat yang berkesan dan boleh hilang dalam masa seminggu. 

Caranya ialah dengan menggunakan KAYU MANIS.kayu manis? Boleh ke?. Cuba dulu baru tau.

First of all.oopps! Omputih lah pulak. 

  •      Tumbuk kayu manis sehingga jadi serbuk. 
  •    Sapukan serbuk kayu manis pada muka. Sapu pada keseluruhan muka,lebihkan pada parut jerawat.
  •       Biarkan selama 5 hingga ke 30 minit. 
  •       Kemudian, bilas dengan air.



 Amalkan 2 hingga ke 3 kali sehari. Nantikan keputusannya dalam masa seminggu.



PETUA MEMERAHKAN BIBIR

Nak bibir merah ala-ala bibir orang korea tak. Tipulah tak nak. Ihikkks. Akak pun nak. Tak perlu belanja banyak, Tak perlu beli produk mahal-mahal. Akak ada cara mudah dan berkesan. Mesti ramai orang tak tahu kan, ubat gigi bukan je boleh memutihkan gigi, malah boleh memerahkan bibir. Hah! Terkejut kan. Tiap hari orang berus gigi tapi lupa nak berus bibir. Lepas ni,bila nak berus gigi jangan lupa berus bibir sekali taw. Lepas je berus bibir, korang akan nampak bibir yang kemerah-merahan ala2 korea tu. Awww. Dah tukar jadi orang korea pulak lepas berus bibir. 


*Bibir idaman semua wanita*


Friday, 28 August 2015

PETUA MENGHARUMKAN BILIK TIDUR


MARI CARI “PERFUME” UNTUK BILIK !!!
Korang tau tak,bilik yang wangi boleh menenangkan fikiran taw. Dahlah sibuk ngan kerja seharian kat luar, takkan lah nak tambah kekusutan dengan bilik berBAU pulak tu. SAY NO to bilik busuk.

Daun Pandan

Kat mana ye nak cari daun pandan ???Ala tak susah pon, sekarang daun pandan banyak je orang jual,
 kalau tak nak, beli mintak lah kat jiran sebelah yang ada tanam daun pandan tu. 

  • Potong daun pandan kecik-kecik, kalau malas sangat nak potong kecik, potong dua.
  • Lepastu ikat dengan tali, letak dalam bekas yang boleh muatkan pandan tu. 

Senang je kan! Bekas yang berisi pandan tu letak kat atas meja kecil kat bahagian tengah bilik, xpun kat sudut bilik.
 Maka, tersebarlah bau pandan ke seluruh bilik. Wahhhhh, bilik wangi hati pun tenang. 







PETUA MEMANJANGKAN BULU MATA

"Cantiknya awak. muka blushing gituBulu mata panjang pulak tu,pakai yang palsu punya ekk.  haish, ni puji ka perli. Mana main palsu-palsu ni, kita original taw. "
Nak dapatkan BULU MATA yang PANJANG. Jom kita cuba petua ni:

TEH HIJAU
  • Celup 2 keping kapas ke dalam air teh hijau, letakkan kapas tersebut pada bulu mata anda.
  • Tutup mata taw. sebab nak elakkan air terkena pada mata.
  • Biarkan selama beberapa minit. Kemudian, bilas bulu mata dengan air bersih.
Amalkan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif. 



Thursday, 27 August 2015

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT SENGGUGUT

"Bahaya kacau orang senggugut". Pernah tak dengar orang cakap camtu. Macam seram je kan. Wanita, kalau dia senggugut jangan kacau, kalau kacau, ngan kau2 sekali yang sakit sekali ngan dia.


Untuk wanita nun diluar sana, meyh sini akak ada cara nak hilangkan sakit senggugut. Senang je, tak susah pun. 

  • Ambil tuala kecil,tuala kepala pun boleh. Lepastu rendam tuala ke dalam air suam yang agak panas.

  • Perah tuala yang dah direndam dalam air suam. Lepastu, letak tuala tu kat bawah perut dekat dengan pangkal rahim. 
  • Tidur sekejap dalam 10-15 minit. InsyaAllah,sakit akan berkurangan.






Monday, 24 August 2015

PETUA KILATKAN KUKU

Nakkan kuku yang cantik dan berkilat ?? 
Cubalah petua ini.

lPerah 2-3 biji limau nipis untuk dapatkan jusnya.
lCampurkan jus limau tersebut dengan air biasa.
lRendam kuku tangan dan kaki ke dalam air campuran tadi selama 15-20 minit.
lBasuh kuku tangan dan kaki anda.

Cantik dan berkilat. Tak perlu pergi buat treatment kuku pun. Kuku berkilat secara semula jadi. 

SELAMAT MENCUBA!!

 



Sunday, 23 August 2015

PETUA TERCEKIK TULANG IKAN

Sebelum nak tau petua dia. Bacalah kisah dua orang sahabat ni.

Pororo: Jom makan. Aku belanja.
Larva : Jom. Menu ap?
Pororo: Ikan kembung masak sambal.Sedap punya.
Larva: Ikan?? Takpelah,aku tak makan ikan. Terima kasih.
Pororo: Eleh,sombong tak nak makan ikan.
Larva : Bukan sombong. Tapi aku tak berani     aa nak makan ikan sebab aku selalu tercekik tulang ikan.

Hah. Pernah alami benda yang sama macam si larva tu ?
Akak pun pernah alami kes yang sama taw. Tapi, akan bantai ja makan ikan. Haha, sebab ayah akak masak sedap. Penangan masakan ayah tu~ Pergh! Eyh,jauh pulak menyimpangnye.

1. Buat bebola nasi. Kepal nasi macam bebola ikan yang selalu korang makan tu. Lepastu telan bebola nasi tu.

2. Makan pisang. Korang kunyah sikit ja, jangan kunyah sampai lumat ye. 
Kunyah sekali ja,pastu telan lah.

Senangkan. Tulang pun masuk dalam perut sekali dengan nasi dan pisang.
Tulang xda, sambung lah makan lagi~ YUMMY^^

  

JAP!!
Bukan manusia ja yang tercekik tulang ikan ni, si meow2 ni pun nak tercekik juga.


*geram pulak kite nengok nya.



Saturday, 22 August 2015

PETUA MENYERIKAN KULIT MUKA


"Muka kusam, nampak letih dan tak bermaya. Gunalah produk XXXX" 
Pernah tengok iklan camtu tak. Mestilah pernah kan. HMMM. Masih tercari2? Hah. Sini-sini akak tolong. Bacalah dulu petua akak ni. Tak banyak cara pun, malah sangat mudah dan mengambil masa yang singkat taw.

  • Ambil sebatang timun yang sejuk. Hiris nipis.( Lagi nipis, lagi bagus taw)
  • Letak hirisan timun di setiap sudu muka. 
  • Biarkan selama 15-20 minit ataupun sehingga timun mula mengering.
SEKEKAP!!!! Jangan cuci muka. Biarkan air timun menyerap ke dalam kulit muka. Selamat mencuba!!




Thursday, 20 August 2015

PETUA MENGHILANGKAN KELEMUMUR


“Eeeuuwww!! Apa putih2 atas bantal ni..”

Rambut dipenuhi Kelemumur?? Jangan risau, cubalah petua ini :

  • Perahkan air limau purut.guna limau nipis pun bole juga yer. 
  • Lumurkan dengan sekata diatas kepala.
  • Biarkan selama 2-3 jam *untuk mendapatkan hasil yang terbaik,tutup rambut yang bersalut perahan limau dengan tuala.
  • Basuh kepala dengan air suam. 


Waahhhh. Bersihnya bantal saya,kelemumur dah hilang, tidur pun tenang^^